KEADILAN Cabang Tebrau membuka kaunter bergerak bagi memudahkan urusan menerima aduan dan merapatkan parti dengan masyarakat.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, R Yuneswaran, kaunter tersebut semalam telah dibuka di Pasar Malam Puteri Wangsa dan mendapat sambutan penduduk setempat.
"Saya bersama pasukan KEADILAN Tebrau telah menyantuni warga Tebrau di Pasar Malam Puteri Wangsa. Usaha kami untuk mengadakan Kaunter Khidmat Bergerak bagi mendekati masyarakat serta menolong mereka yang memerlukan bantuan.
"Matlamat kami adalah untuk membantu warga Tebrau sebaik mungkin. Kami juga terima aduan, permohonan kemasukan anggota baharu, semakan tempat mengundi dan edar jalur gemilang serta walkabout untuk menyantuni peniaga-peniaga pasar malam," katanya.
Menurut beliau, sambutan pengunjung pasar malam berkenaan amat baik. Terdapat mereka yang melaungkan “Hidup PKR”, “sokong PKR”, “saya penyokong Anwar”, “Rafizi kembali memang bagus” tanda sokongan terhadap KEADILAN masih tinggi di parlimen itu.
Justeru, katanya, KEADILAN Cabang Tebrau telah menyusun jadual untuk mengerakkan khidmat kaunter bergerak di seluruh parlimen Tebrau. Turut hadir semalam ialah ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong yang turut menjayakan program tersebut.
Comments