top of page

KEADILAN tawar 3 strategi majukan DUN Tempasuk



Kempen minit-minit terakhir dalam Pilihan Raya Negeri Sabah mantap dengan calon KEADILAN di N09 DUN Tempasuk, Mustapha Sakmud menawarkan janji 3 kemajuan utama yang akan dinikmati penduduk di kawasan berkenaan.


Menurut Mustapha, tiga strategi yang dirancang beliau ialah pelaksanaan sistem pertanian dan sistem pengurusan sawah padi; membangunkan sektor pelancongan agrotourism, education tourism dan memantapkan pembangunan modal insan.


"Kita akan bawa kepakaran daripada Jelapang Padi Sekinchan di Negeri Selangor.


"Saya adakan perbincangan dengan Datuk Menteri Besar Selangor untuk membawa teknikal sistem ini ke Kota Belud yang juga menyumbang sebanyak 24% hasil beras negara.


"Pada masa yang sama, kita mahu dedahkan generasi muda tentang pertanian di Selangor, tentang pengurusan, supaya idea ini dibawa untuk dilaksanakan di Kota Belud," katanya.


Menurut Mustapha lagi, agrotourism dan education tourism boleh dilaksanakan di kawasan Jelapang Padi Tempasuk yang dilatari pemandangan Gunung Kinabalu.


Katanya, sebuah syarikat di Turki telah membuat kajian tapak di Tempasuk dan mendapati kawasan tersebut adalah di antara yang terbaik di Sabah untuk operasi Hot Air Balloon seperti di Cappadocia, Turki.


"Apabila selepas Subuh, belon udara dinaikkan dan mentari mula menyinar ia akan memberi sinaran kemerah-merahan dilatari Gunung Kinabalu," katanya lagi.


Selain itu, Mustapha juga merancang untuk memantapkan pembangunan modal insan di mana ramai pemimpin tempatan kurang memberi penekanan, terutamanya BN kerana mereka lebih fokus pada infrastruktur asas fizikal dan kurang mengambil berat mengenai program pendidikan, anak muda dan sekolah daif.


"Kita tidak mahu pembangunan sifar iaitu pembangunan fizikal baik, pembangunan modal insan negatif. Zero sum development


"Kita akan pastikan bahawa mereka (anak muda) akan terjaga dan melatih mereka supaya menjadi usahawan yang berjaya dengan kepakaran yang sedia ada," katanya.


Beliau berharap pengundi Tempasuk keluar beramai-ramai esok untuk mengundi memilih Warisan - Pakatan Harapan bagi meneruskan kesinabungan kemajuan yang dibawa sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page