KEADILAN tawar 3 kerusi kepada Muda - Syed Ibrahim
- Redzuan Shamsudin
- Feb 9, 2022
- 1 min read

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diadakan pada 12 Mac ini dan tarikh tarikh penamaan calon pada 26 Februari amat penting bagi rakyat untuk mengembalikan kerajaan yang berwibawa dan mampu menyelamatkan bangsa Johor.
Menyedari sengitnya PRN itu dengan tiga gabungan utama Pakatan Harapan (PH), BN dan PN serta beberapa parti kecil lain mengambil bahagian maka PH membentuk pakatan pilihan raya bagi mengurangkan pertembungan.
Sehubungan itu, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh bersesuaian dengan strategi rundingan, KEADILAN setuju untuk menawarkan kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tiga kerusi untuk ditandingi.
"Berhubung isu agihan kerusi, KEADILAN telah mengadakan tiga siri rundingan bersama dengan Muda selari hasrat yang dinyatakan oleh Majlis Presiden PH dan PH Johor.
"Dalam siri rundingan tersebut, masing-masing telah memberi pandangan secara jujur dan terbuka
"Hasil dari rundingan ini, KEADILAN telah menawarkan tiga kerusi kepada Muda dan sedang menunggu maklumbalas berhubung tawaran tersebut," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, petang tadi, DAP dan Amanah telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama Muda dan kedua dua parti itu menyerahkan 8 kerusi kepada Muda untuk ditandingi.
Comentarios