KEADILAN Cabang Tanjong mengambil inisiatif untuk membantu penarik beca yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Tanjong, Mohamed Fauzi Noordin berkata pihaknya terpanggil untuk turun ke padang untuk melihat keadaan sebenar mereka, atas saranan Pengerusi MPN KEADILAN Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
"Kami telah berjumpa dengan Abdul Latif yang merupakan seorang penarik beca dari awal tahun 1960 hingga sekarang masih lagi menarik beca.
"Beliau meluahkan pelbagai isu dan keluhan rata rata masalah penarik beca semua. Kami juga sarankan untuk menubuhkan satu persatuan atau pertubuhan untuk senang bergerak secara teratur dan senang untuk mendapat bantuan dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
"Kami juga memberi beberapa cadangan seperti menaik taraf beca dan penarik beca itu sendiri.
"Abdul Latif bersetuju dan akan berbincang dengan semua penarik beca. Mereka juga meminta ruang untuk berjumpa dengan kerajaan negeri bagi membincangkan isu mereka," katanya.
Tambahnya, KEADILAN Cabang Tanjong juga mengagihkan lunch box buat penarik beca sekitar Georgetown.
"Sebanyak 60 kotak lunch box diagihkan di Lebuh Acheh, Berhadapan Hotel Cititel dan Komtar. 3 lokasi ini terletak di bawah Parlimen Tanjong dan di bawah Cabang Tanjong.
"Selepas ini bakul makanan pula akan menyusul untuk meringankan sedikit sebanyak beban mereka," katanya.
Katanya lagi, Jawatankuasa Penaja KEADILAN Cabang Tanjong akan cuba mengatur satu perjumpaan bersama Ketua Menteri dan wakil penarik beca bagi membincangkan masalah mereka.
"Harap akan dapat satu jalan penyelesaian buat mereka semua dan tidak terpinggir di negeri bawah kerajaan Pakatan Harapan," katanya.
Comments