top of page

KEADILAN Tanjong Karang puji Belanjawan Selangor 2021 utamakan rakyat



KEADILAN Cabang Tanjong Karang memuji Belanjawan Selangor 2021 kerana mempunyai keprihatinan tinggi membantu rakyat marhaen menghadapi era tidak menentu pandemik Covid 19.


Menurut satu kenyataan, KEADILAN Tanjong Karang melihat Belanjawan 2021 mengimbangi tuntutan ekonomi dan pentadbiran seluruh rakyat Selangor, sama ada di bandar mahu pun desa.


"Belanjawan ini menumpukan seluruh lapisan masyarakat termasuk rakyat miskin bandar, luar bandar, peniaga, wanita dan anak muda. Belanjawan Selangor 2021 juga mampu mencipta 15,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Selangor terutamanya mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik Covid 19.


"Melalui strategi ke 2 Belanjawan, Selangor Sentosa Ummah Sejahtera, Kerajaan Negeri terus menunjukan keprihatinan sebagai sebuah negeri yang peduli rakyat. Program popular seperti Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ditambah baik dengan kuota sebanyak 5,000 orang penerima disediakan khusus untuk dimanfaatkan oleh golongan ibu tunggal dari seluruh negeri.


"Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM27.5 juta untuk program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0 yang mana akan memberi bantuan khairat kematian bernilai RM500 kepada waris yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sambil meneruskan program Jom Shopping SMUE sedia ada," kata kenyataan tersebut.


Menurut kenyatan itu lagi, KEADILAN Tanjong Karang menyambut baik usaha kerajaan Selangor menyediakan lebih banyak dana untuk Food Bank memandangkan semakin banyak rakyat kehilangan pekerjaan pada waktu pandemikyang perlu dibantu.


Food Bank Selangor diperuntukkan sebanyak RM6 juta, tambahan RM1 juta berbanding 2020 untuk menyediakan bantuan makanan kepada kesemua 56 DUN di Selangor.


Selain itu, KEADILAN Tanjong Karang turut mengucapkan terima kasih kerana Kerajaan Negeri meluluskan beberapa projek insfrastruktur penting di kawasan tersebut seperti membina Masjid As-Solihin, Sungai Burong; menaiktaraf jalan ke SMK Tiram Jaya, Tanjong Karang

dan menaiktaraf jalan dari Jalan Terusan Utama B110 (Ban Canal) sehingga ke Jalan Raja Musa B42, Tanjong Karang.


"KEADILAN Tanjong Karang amat yakin Kerajaan Negeri komited dalam mengambil langkah-langkah bersesuaian mengurangkan perbelanjaan mengurus. Agenda reformasi institusi mestilah terus diutamakan, selain usaha-usaha untuk membanteras rasuah dan ketirisan.


"Oleh itu, pelaksanaan projek-projek dan program-program berdasarkan peruntukan Belanjawan Selangor 2021 mestilah dilaksanakan dengan telus, profesional dan inovatif. Aspek pemantauan mestilah diberi perhatian sewajarnya," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page