top of page

KEADILAN Tanjong anjur serahan baucar Tahun Baharu Cina

  • 2 minutes ago
  • 1 min read
Kumaresan (berbaju batik) menyerahkan baucar bantuan sempena Tahun Baharu Cina
Kumaresan (berbaju batik) menyerahkan baucar bantuan sempena Tahun Baharu Cina

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tanjong, Pulau Pinang telah menganjurkan Program Serahan Baucar Tahun Baharu Cina sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat serta membantu meringankan beban mereka menjelang musim perayaan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Tanjong, A Kumaresan, program tersebut diadakan pada 12 Februari lalu dan bertempat di Ruang Legar Tingkat 1, Flat Jalan Kedah.


"Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KEADILAN Cabang Tanjong dalam menyantuni rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang, di samping memupuk semangat perpaduan serta keharmonian komuniti," kata beliau dalam muat naik di media sosial.


Menurut Kumaresan, program seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima malah mengeratkan lagi hubungan antara kepimpinan parti dan masyarakat setempat.


"KEADILAN Cabang Tanjong berharap program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada penerima serta mengeratkan hubungan antara kepimpinan parti dan masyarakat setempat," ujarnya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page