KEADILAN Tangga Batu edar 500 pek bubur lambuk setiap hari
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tangga Batu, Melaka dengan kerjasama Masjid Lama Batang Tiga menganjurkan Program Edaran Bubur Lambuk Percuma sepanjang Ramadan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.
Program tersebut bermula dari 1 Ramadan hingga 25 Ramadan, dengan edaran bubur lambuk kepada orang ramai setiap hari bermula jam 3.30 petang hingga 4.00 petang.

Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu, Azlan Osman berkata, program berkenaan dianjurkan sebagai usaha memupuk semangat kebersamaan serta budaya berkongsi rezeki dalam masyarakat.
"Cabang Tangga Batu mengalu-alukan seluruh masyarakat di sekitar Tangga Batu untuk hadir mengambil bubur lambuk percuma yang telah disediakan ini.
"Sebanyak 500 pek bubur lambuk akan diagihkan setiap hari kepada orang ramai. Edaran adalah berdasarkan konsep “first come, first serve”, sementara stok masih ada," katanya.
Beliau berharap penganjuran program itu dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan.




Comments