Oleh: Abdullah Zaid
Keputusan mengumumkan calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dijangka pada Rabu ini.
Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Rafizi Ramli pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan di Sungai Bakap malam tadi.
"Malam ini peluncuran sahaja dan pengumuman calon akan dibuat pada kita akan adakan pada 12 Jun iaitu Rabu depan," katanya.
Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Menteri Pendidikan merangkap Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden KEADILAN optimis blok Perpaduan mampu merampas semula kerusi tradisi KEADILAN itu melihat kepada momentum kekuatan jentera Perpaduan ketika ini.
Saya tidak terkejut dengan momentun ini walaupun kita muncul dalam PRK sebagai underdog, inshAllah dengan berkat usaha kita boleh kembalikan semula kerusi (Sungai Bakap) yang dipinjamkan (pembangkang) sebelum ini," ujarnya.
Sebelum ini, blok Perpaduan bersepakat untuk memutuskan calon daripada KEADILAN akan bertanding mewakili gabungan dalam PRK kali ini.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.
Comentarios