top of page

KEADILAN tambah lagi calon PRN Sarawak, kini bertanding 28 kerusi


KEADILAN menambah seorang lagi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak iaitu Hapeni Fadil yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan, menjadikan 28 kerusi setakat ini.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertambahan kerusi itu adalah berdasarkan permintaan penduduk kawasan tersebut.


"Ada tambahan iaitu DUN Simunjan berdasarkan atas permintaan orang tempatan dan badan bukan kerajaan yang lain. Mereka minta supaya Hapeni Fadil menjadi calon kawasan itu. Itu sahaja yang ditambah setakat ini. Memang ramai nak bertanding," katanya.


Semalam, Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, Dominique Ng mengumumkan senarai 27 calon yang akan bertanding pada PRN Sarawak kali ini.


Namun beliau mengakui akan ada penambahan calon pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon pada 6 Disember ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page