top of page

KEADILAN Sungai Petani tubuhkan 24 ranting baharu, kini miliki 156 ranting

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Apr 10, 2021
  • 1 min read

KEADILAN Sungai Petani telah menubuhkan sebanyak 24 ranting baharu, menjadikan jumlah ranting terbanyak dan terbesar iaitu sebanyak 156 ranting sehingga kini.


Penubuhan itu dibuat secara rasmi dalam majlis penyampaian sijil pelantikan kepada ketua-ketua ranting baharu di Sungai Petani semalam.


Ahli Parlimen Sungai Petani merangkap Pengerusi MPN Kedah, Datuk Johari Abdul hadir menyempurnakan majlis tersebut.


Beliau turut menyampaikan amanat dan mengingatkan kepada ketua-ketua ranting untuk terus bekerja keras dan berjuang serta kekal berpegang pada prinsip perjuangan Reformasi.


Parlimen Sungai Petani mempunyai tiga DUN iaitu Pantai Merdeka, Bakar Arang dan Sidam.


Johari merupakan penyandang kerusi Parlimen Sungai Petani sejak 2008 apabila beliau menewaskan Zainuddin Maidin pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan mempertahankan kerusinya pada PRU-13 dan PRU-14.


Namun, beliau mempunyai misi untuk menawan semula kerusi DUN Sidam, selepas penyandangnya, Robert Ling Kui Ee berpaling tadah apabila bertindak keluar dari KEADILAN untuk menyertai Bersatu.


Pantai Merdeka disandang oleh ADUN PAS manakala Bakar Arang disandang oleh ADUN KEADILAN, Ooi Tze Min.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page