top of page

KEADILAN sumbang RM20,000 kempen bayar denda Malaysiakini

Updated: Feb 20, 2021



KEADILAN menyokong kebebasan media dan tidak bersetuju dengan denda RM500,000 yang dikenakan Mahkamah Persekutuan untuk kesalahan 'menyiarkan' komen pembaca di ruang Facebook berita portal itu.


Oleh itu, Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata parti bersetuju menyumbang sejumlah RM20,000 ke dalam tabung pembayaran denda Malaysiakini bagi menunjukkan tanda solidariti.


"KEADILAN mengambil maklum atas perkembangan terkini bahawa portal berita Malaysiakini didenda RM500,000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya.


"Denda ini mesti dibayar dalam tempoh tiga hari bekerja, iaitu selewat-lewatnya pada Rabu, 24 Februari. Sebagai tanda solidariti, KEADILAN akan menyumbang RM20,000 dalam tabung pembayaran denda," katanya dalam satu kenyataan.


KEADILAN juga menyeru kepada seluruh rakyat untuk menyokong kempen membayar denda Malaysiakini sebagai usaha mempertahankan kebebasan media dan hak bersuara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page