top of page

KEADILAN sokong dasar Boikot, Pelupusan dan Sekatan tekan rejim Israel

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 12
  • 2 min read

ree

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) secara rasmi menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan dasar Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) terhadap rejim Zionis Israel sebagai langkah memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin dan menegakkan hak mereka bagi menubuhkan sebuah negara bebas dan merdeka.


Menurut Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa KEADILAN, Dr Maszlee Malik, keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung di Kota Kinabalu pada 9 November lalu.


Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan di Kota Kinabalu pada 9 November 2025 telah meluluskan satu usul bahawa parti menyokong perlaksanaan dasar Boikot, Pelupusan dan Sekatan ataupun BDS (Boycott , Divestment and Sanctions ) terhadap rejim pengganas Israel bertujuan menyokong perjuangan menegakkan keadilan untuk rakyat Palestin dan penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau menjelaskan bahawa strategi BDS bukanlah perkara baharu, sebaliknya pernah terbukti berkesan pada era 1980-an dan 1990-an apabila digunakan oleh masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pemerintahan rejim aparteid di Afrika Selatan.


"Strategi BDS yang serupa pernah digunakan pada era 80-an dan 90-an untuk menjatuhkan rejim aparteid di Afrika Selatan," tambah Dr Maszlee.


Dalam mesyuarat sama, MPP turut bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji pelaksanaan dasar BDS di Malaysia serta mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil sama ada oleh kerajaan Malaysia secara bersendirian atau bersama negara-negara lain.


"Jawatankuasa BDS itu pula akan membentangkan cadangannya semula kepada MPP, dan selepas diterima pakai di peringkat MPP, idea-idea ini akan dibincangkan di peringkat gabungan Pakatan Harapan yang lebih luas dan juga dengan gabungan-gabungan lain dalam Kerajaan Madani. Pada akhirnya, cadangan-cadangan ini akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dan pelaksanaan," jelasnya.


Dr Maszlee yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa KEADILAN dilantik mengetuai jawatankuasa berkenaan bagi menyelaras segala cadangan dan usaha berkaitan pelaksanaan BDS di Malaysia.


Beliau menegaskan bahawa langkah ini menzahirkan komitmen KEADILAN dan Kerajaan Madani dalam mendukung solidariti sejagat terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Zionis.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page