top of page

KEADILAN Sipitang terus santuni warga emas, hargai pengorbanan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 17
  • 1 min read
Junaidah (tiga dari kiri) bersama anggota KEADIDALAN menyerahkan sumbangan kepada warga emas
Junaidah (tiga dari kiri) bersama anggota KEADIDALAN menyerahkan sumbangan kepada warga emas

Cabang KEADILAN P.178 Sipitang, Sabah meneruskan komitmennya untuk bersama rakyat apabila sayap Wanita, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Srikandi turun padang menyantuni warga emas di sekitar daerah ini sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan mereka terhadap keluarga, masyarakat dan negara.


Ketua Wanita KEADILAN Sipitang merangkap Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku @ Junn berkata, program tersebut bukan sahaja sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi lebih kepada menyemai rasa kasih sayang dan penghormatan terhadap warga emas.


"Program ini bukan sahaja membawa senyuman kepada warga emas yang disantuni, malah mencerminkan tekad KEADILAN untuk terus menjadi parti yang prihatin, dekat dengan denyut nadi rakyat dan sentiasa mengutamakan kebajikan semua lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut hadir mewakili Ketua Cabang KEADILAN P.178 Sipitang, Tn. Wendey Agong Baruh, bersama barisan pimpinan lain termasuk Saidi Ali dari Pasukan Pembimbing Lapangan, Ihsan Hafiz selaku Timbalan Pengurus Kempen, serta Naib Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, Siti Asnah.


Menurut kenyataan itu lagi, KEADILAN Sipitang percaya kesejahteraan rakyat hanya dapat dicapai dengan memberi perhatian sewajarnya kepada semua golongan, khususnya warga emas yang wajar dihargai.


"Kesejahteraan rakyat hanya dapat dicapai apabila semua golongan, khususnya warga emas, diberi perhatian dan dihargai dengan sebaiknya," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page