KEADILAN Sipitang serah sumbangan ke SK Lubuk Darat dilanda ribut
- Suara Keadilan

- Jul 20
- 1 min read

KEADILAN Sepitang, Sabah baru baru ini melakukan ziarah prihatin ke Sekolah Kebangsaan Lubuk Darat, Sipitang, susulan kejadian bencana dipukul ribut yang berlaku menyebabkan kerosakan kepada beberapa bahagian sekolah tersebut.
Menurut satu kenyataan, ziarah itu untuk meninjau sendiri kesan kerosakan yang dialami serta menyatakan solidariti kepada pihak sekolah yang terkesan.
"Dalam ziarah berkenaan KEADILAN Sipitang turut menyampaikan sumbangan daripada Wendey Agong Baruh, Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, bagi membantu keperluan mendesak serta logistik yang terjejas akibat kejadian tersebut," kata kenyataan itu.
Ziarah turut disertai Puan Junaidah Makku, Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sipitang merangkap Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah; Encik Arow Sinau, Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Sipitang; Tuan Saidi Ali dan Tuan Shazrinshah Putra daripada Pasukan Pembimbing Lapangan (PPL) KEADILAN Pusat; Puan Noraishah Malulur, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Sipitang; serta barisan Ahli Jawatankuasa Cabang, Wanita dan AMK KEADILAN Sipitang.
Manakala sumbangan tersebut telah diterima oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Lubuk Darat, yang turut menyampaikan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan berterusan KEADILAN terhadap warga pendidik dan pelajar yang terkesan.
"KEADILAN Sipitang menzahirkan komitmen berterusan untuk sentiasa bersama masyarakat dalam waktu susah dan senang.
"Kami juga menyeru agar agensi-agensi berkaitan dapat segera membuat penilaian kerosakan serta mengambil tindakan pembaikan yang sewajarnya demi menjamin keselamatan dan kelangsungan sesi persekolahan dalam suasana yang kondusif," kata kenyataan itu lagi.









Comments