top of page

KEADILAN Sipitang santuni pendidikan agama di akar umbi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Wendey Agong menyerahkan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah yang dilawatinya
Wendey Agong menyerahkan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah yang dilawatinya

Pendidikan agama perlu diperkasakan untuk mewujudkan generasi muda yang berilmu dan berakhlak tinggi.


Sehubungan itu, Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh yang komited memperkasa pendidikan agama di peringkat akar umbi baru baru ini melakukan kunjungan mesra ke KAFA Kampung Lumut dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Pantai.


"Lawatan ini bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi sebagai tanda sokongan terhadap usaha warga pendidik dalam membimbing generasi muda mengenal Al-Quran, asas agama dan nilai murni sejak usia keci," katanya dalam satu kenyataan.


Sepanjang kunjungan tersebut, beliau beramah mesra dengan guru dan murid, selain mendengar cabaran yang dihadapi terutama dalam penyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.


Sebagai tanda keprihatinan, Wendey turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada kedua-dua institusi berkenaan bagi membantu pengurusan serta menyuntik semangat kepada para pendidik yang dedikasi.


"Kunjungan ini juga mencerminkan komitmen KEADILAN Sipitang untuk sentiasa dekat dengan masyarakat, mendengar suara rakyat, serta memastikan pendidikan agama dan kebajikan komuniti terus diperkasa demi membina masa depan generasi yang lebih berilmu dan berakhlak mulia," ujarnya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page