KEADILAN Sipitang santuni atlet silat belia bakal wakili daerah
- Suara Keadilan

- Sep 7
- 1 min read

KEADILAN Cabang P.178 Sipitang bersama sayap Wanita dan Angkatan Muda turun padang ke Kampung Aru 9 bagi menyantuni serta memberi sokongan kepada atlet-atlet silat belia yang bakal mewakili Daerah Sipitang ke Kejohanan Silat Sri Pantai Peringkat Kebangsaan 2025 di Lahad Datu, Sabah, baru baru ini.
Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, Junaidah Makku, yang hadir mewakili Ketua Cabang, Wendey Agong Baruh menekankan kepentingan disiplin, fokus dan semangat berpasukan dalam memastikan kejayaan berpasukan.
"Atlet muda perlu berdisiplin, mengekalkan semangat juang yang tinggi, fokus dalam strategi kemenangan serta terus mengukuhkan sokongan sesama pasukan untuk kemenangan," katanya.
Pada kunjungan itu, beliau turut menyerahkan sumbangan ikhlas daripada Wendey Agong Baruh kepada jurulatih pasukan, Mohd Ihsan Hafiz, sebagai tanda sokongan bagi melancarkan persiapan atlet.
Turut hadir memberi dorongan ialah Saidi Ali (Pasukan Pembimbing Lapangan – PPL N.35 Sindumin), Hamdan Tuam (Timbalan Pengarah JPRD N.35 Sindumin), Noraishah Malulur (Timbalan Ketua AMK Sipitang), Mohd Iswaddey Dua @ Daud (Ketua PDM), dan Ricky Owen (Ketua Penerangan AMK Sipitang).
"KEADILAN Sipitang berbangga dengan semangat juang anak-anak muda yang mengangkat nama daerah ke pentas kebangsaan. Semoga kejayaan mengiringi perjuangan mereka dan menjadi inspirasi kepada generasi muda," ujar Junaidah lagi.









Comments