KEADILAN Sipitang dekati rakyat menerusi program ziarah kasih
- Suara Keadilan

- Sep 11
- 1 min read

Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Sabah, Wendey Agong Baruh bersama barisan Ahli Jawatankuasa Cabang baru baru ini turun padang melalui Program Ziarah Kasih di Kampung Naparan dan Kampung Bangsal, Sipitang.
Menurut satu kenyataan, program tersebut bukan sahaja bermatlamat menyalurkan sumbangan kepada penduduk tetapi juga dianjurkan untuk memberi ruang pimpinan KEADILAN mendengar sendiri keluhan, cadangan serta keperluan masyarakat setempat secara berkala.
"Program Ziarah Kasih ini sekali lagi menegaskan bahawa semangat kebersamaan adalah nadi yang terus menghubungkan erat pemimpin dengan rakyat," kata Wendey.
Beliau menegaskan, semangat kebersamaan inilah yang menjadi nadi penghubung erat antara pemimpin dengan rakyat di Sipitang, seiring dengan usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti.









Comments