top of page

KEADILAN Simpang Renggam ziarah mangsa banjir Segamat



KEADILAN Cabang Simpang Renggam kelmarin menziarahi mangsa banjir daerah Segamat bersama pemimpin peringkat negeri.


Menurut Setiausaha Cabang Simpang Renggam, Faizul Abd Ghani (gambar, kanan sekali), beliau bersama Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Jimmy Puah, Setiausaha MPN Johor Na'im Jusri, Ketua Wanita Johor Napsiah Khamis dan anggota Cabang Segamat telah melawat ke tiga buah Pusat Penempatan Sementara (PPS)


"Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat. Dengan hujan yang berterusan, musibah banjir tidak dapat dielakkan lagi.


"Semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah dan sabar dalam menghadapi musibah banjir ini. Sempat juga saya bertanyakan keadaan Aiman Zulkanain, 20an. mangsa kemalangan motorsikal di PPS.


"Kepimpinan KEADILAN Negeri Johor juga telah menyumbangkan sedikit bekalan makanan dan alatan untuk kegunaan mereka sepanjang mereka menetap di PPS," katanya.


Beliau yang juga Penyelaras KEADILAN DUN Layang layang sempat beramah mesra bersama pakcik Ahmad Sumari, 70 yang kehilangan harta benda kerana air naik dengan pantas sekitar pukul 3 pagi. Mujur beliau sekeluarga sempat menyelamatkan diri.


Di samping itu, KEADILAN Simpang Renggam turut mengagihkan nenas manis untuk hidangan mangsa banjir.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page