top of page

KEADILAN Simpang Renggam sumbang katil kepada pesakit

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 17, 2024
  • 1 min read

ree

KEADILAN Cabang Simpang Renggam baru baru ini menyumbangkan sebuah katil kepada seorang pesakit penile ulcer, Saudara Norhaizan Salleh, bagi memudahkan beliau menggunakan catheter dan urine bag sehari harian.


Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut diberikan kepada Norhaizan kerana sebelum ini beliau diuji musibah berganda apabila kediamannya musnah dalam satu kebakaran.


Saudara Salleh Jumari mewakili Norhaizan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan berkenaan yang meredakan sedikit penderitaan pesakit berkenaan.


"Terima kasih kepada pihak KEADILAN dan semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan ini. Kami sangat menghargainya, dan amat membantu dalam situasi yang sukar ini," katanya.


Turut bersama dalam program sumbangan itu ialah wakil KEADILAN Simpang Renggam, Busra Basar, Hj Sharif Mohyin, dan Yahya Jemain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page