top of page

KEADILAN Simpang Renggam bantu mangsa kebakaran



KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam membantu keluarga Salleh Jamari yang menjadi mangsa kebakaran di mana rumah mereka musnah dijilat api.


Menurut satu kenyataan, rumah yang terletak di Kampung Paya Mas, Jalan Air Hitam itu hangus pada pukul 1.30 petang dan lapan ahli keluarga Salleh kehilangan tempat tinggal.


"Insiden tersebut telah mendapat perhatian segera daripada pihak Cabang KEADILAN Simpang Renggam.


"Berdasarkan arahan daripada Ketua Cabang serta mantan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, satu ziarah dilakukan oleh pihak cabang untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa," kata kenyataan itu.


Justeru, bantuan kewangan serta barangan keperluan asas disampaikan oleh wakil cabang, saudara Sharif Mohyin, yang turut mewakili kepimpinan KEADILAN Simpang Renggam.


Beliau menyatakan rasa simpati terhadap keluarga Salleh dan berharap agar mereka tabah menghadapi ujian tersebut.


Mangsa kebakaran, Salleh Jamari pula mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak Cabang KEADILAN Simpang Renggam yang meringankan sedikit beban mereka menghadapi musibah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page