KEADILAN Simpang Renggam bersama Ahli Parlimen Dr Marzlee Malik menggerakkan bantuan ke pusat pemindahan banjir.
Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor Firdaus Zainal berkata sekitar 100 keluar terlibat dalam banjir di sana.
"Kami mengiringi Ahli Parlimen Simpang Renggam dan beberapa pimpinan dari komponen PH Simpang Renggam dari KEADILAN, Amanah dan DAP melawat mangsa banjir.
"Kami membuat liputan dan bantuan logistik kepada 7 Pusat Pemindahan Sementara, dianggarkan seramai lebih 100 keluarga terjejas banjir dan berpindah," katanya yang diberi tanggungjawab menbuat hebahan mengenai gerak kerja bantuan Pakatan Harapan di Simpang Renggam.
Comments