KEADILAN Simpang Renggam anjur kejohanan sepak takraw
- Redzuan Shamsudin
- Dec 7, 2021
- 1 min read

KEADILAN Simpang Renggam baru baru ini menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Dr Maszlee Malik.
Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Simpang Renggam, Faizul Abd Ghani, kejohanan tersebut mendapat sokongan dari anak muda Parlimen berkenaan dengan hampir 80 pasukan mengambil bahagian.
Manakala yang menjadi juara adalah Team Tasik Y dan Team UTM veteran.
"Saya Faizul Abd Ghani wakil Dr Maszlee YB Simpang Renggam ingin mengucapkan tahniah kepada juara pertandingan sepak takraw Team Tasik Y dan Team UTM Veteran.
"Kejohanan diserikan dengan kehadiran bekas pemain Sepaktakraw Johor dan negara, Saudara Pak Tam yang memberi semangat kepada team bertanding
"Kami juga tidak menyangka hampir 80 pasukan yang mendaftarkan untuk bertanding. Kami harap dapat menganjurkan lagi program sukan sebegini untuk anak-anak muda aktif bersukan," katanya lagi.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pasukan bertanding, urus setia, para petugas, unit media, penganjur dan juga NGO yang menyumbang untuk menjayakan Kejohanan Sepaktakraw Piala Dr Maszlee Malik itu.
Comentarios