top of page

KEADILAN siap bantu BN dalam PRK Kemaman



Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Kemaman, Terengganu yang akan membuka tirai dengan penamaan calon pada Sabtu ini akan mengumpulkan jentera KEADILAN untuk membantu UMNO di kawasan kubu kuat Pas itu.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor dan Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari, KEADILAN di kedua dua negeri buat masa ini siap sedia membantu sekutu penting mereka dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi cabaran PN.


"Bagi pihak Selangor dan Pahang, Pakatan Harapan, kita telah berhubung dengan rakan rakan kita di Pahang dan kita sedia membantu di lokaliti atau kawasan mana yang kita beri tumpuan.


"Setakat ini KEADILAN Terengganu tumpu di DUN Chukai di antara tiga DUN di Kemaman.


"Pahang dan Selangor sikit sebanyak kita bersedia. Tugas kita membantu jentera BN. Jadi kita tunggulah seterusnya," katanya diketika ditemui pemberita pada program ziarah Deepavali.


Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, parti itu akan menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada di Kemaman untuk membantu jentera BN kerana parlimen tersebut pernah dimenangi oleh KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum 1999 lalu.


"Sebenarnya KEADILAN mempunyai base yang besar kerana pernah sepenggal pada 1999 mewakili kawasan tersebut. Kita akan cuba membantu," katanya lagi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman, pada 2 Disember depan. Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 November, manakala hari pengundian awal (28 November).


PRK Kemaman diadakan apabila pada 26 September lepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)


Pada 3 Oktober lalu, Pas memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membawa kepada PRK bagi melantik wakil rakyat baharu.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page