top of page

KEADILAN Shah Alam siap sedia hadapi PRU, banjir - Rodziah



Cabang KEADILAN Shah Alam yang mengadakan bengkel sehari kelmarin telah berjaya menghasilkan resolusi atau pelan bertindak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan banjir musim tengkujuh.


Menurut Ketua Cabang Shah Alam, Rodziah Ismail, Seluruh Jawatankuasa Cabang bersepakat dengan hala tuju Cabang untuk memperkemaskan gerak kerja biro-biro yang telah ditetapkan bagi bersiap siaga menghadapi PRU pada bila-bila masa


"KEADILAN Shah Alam bertekad untuk melaksanakan perkara-perkara berkenaan yang telah dirancang dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi


"Memastikan penglibatan ahli KEADILAN Cabang Shah Alam di peringkat Ranting serta akar umbi dalam perlaksanaan program-program yang dirancang," katanya dalam satu kenyataan.


Di samping persiapan PRU, kata Rodziah, banjir besar yang melanda kawasan itu tahun lalu juga menjadi pengajaran bahawa perancangan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan korban jiwa atau kesukaran memindahkan mangsa pada saat akhir.


"Kami akan mengambil serius “darurat iklim” disebabkan banjir yang bakal berlaku, oleh itu KEADILAN Cabang Shah Alam mewujudkan Skuad Sukarelawan khusus untuk berdepan dengan situasi banjir kelak," katanya lagi.


Cabang Shah alam juga, katanya akan memperkukuh ahli-ahli KEADILAN menjadi jentera parti yang berkesan di setiap Ranting serta kawasan daerah mengundi bagi memastikan kedua-dua kerusi DUN Kota Anggerik dan DUN Batu Tiga serta Parlimen Shah Alam akan mengekalkan kemenangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page