top of page

KEADILAN Setiawangsa lancar tabung bantu kanak-kanak kurang nutrisi



KEADILAN Setiawangsa melancarkan kempen menderma untuk tabung kanak-kanak kurang nutrisi.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Wilayah Persekutuan dan Setiawangsa, Athiqurrahman Abdul Hamid, tabung berkenaan ditubuhkan bagi membolehkan KEADILAN membeli makanan bernutrisi untuk diedarkan kepada kanak-kanak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.


"Laporan UNICEF pada 2018 mendedahkan penemuan mengenai kekurangan nutrisi zat makanan terhadap anak-anak (dalam bandar). Kaji selidik tersebut mendapati 1 daripada 5 kanak-kanak mengalamai pertumbuhan terbantut dan lebih daripada 1 dalam setiap 10 kanak-kanak menikmati kurang daripada tiga hidangan sehari.


"Semua itu laporan sebelum pandemik Covid-19 dan saya percaya keadaan lebih teruk sekarang. Pemberian makanan bernutrisi seperti susu dan buah-buahan amatlah penting bagi pembesaran mereka.


"Kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan RM 420 juta dalam bajet 2021 bagi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian susu kepada pelajar sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan rendah.


"Kita semua maklum bahawa sekolah ditutup dan apakah nasib anak-anak kita ini? Satu lagi persoalan timbul, ke manakah wang tersebut akan disalurkan dan adakah kerajaan akan mencari jalan lain untuk memberi makanan bernutrisi kepada mereka?" katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, KEADILAN telah melancarkan program #SetiawangsaSihat bertujuan memberi susu kotak dan buah-buahan kepada kanak-kanak di kawasan penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang memerlukan.


"Jadi kami dari Angkatan Muda KEADILAN Setiawangsa dengan rasa penuh tanggungjawab telah melancarkan #SetiawangsaSihat. Tujuan kami adalah untuk memberikan pek Healthy Meal yang mengandungi susu kotak, “cereal” dan buah-buahan kepada kanak-kanak di PPR yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah atau asnaf.


"Untuk menghormati PKP dan SOP yang dikeluarkan kerajaan, kami sendiri akan mengedarkan Healthy Meal ini pada hujung minggu kepada mereka di rumah mereka di PPR sekitar Setiawangsa dengan bantuan persatuan penduduk," katanya.


Menurut Athiqurrahman lagi, individu prihatin yang ingin menyumbang kepada program berkenaan bolehlah melayari pautan : bit.ly/setiawangsasihat.


Katanya, orang ramai boleh menyumbang serendah RM 5 untuk setiap Healhty Meal. Beliau juga berkata setakat hari ini program tersebut telah berjaya mengedarkan lebih daripada 500 pek makanan kepada anak-anak di PPR sekitar Setiawangsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page