top of page

KEADILAN sempurna lantik Pengarah, Pengerusi Biro MPP



KEADILAN hari ini selesai melantik kesemua pengerusi dan pengarah biro biro dalam parti bagi memperkasa parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Beberapa biro baharu diwujudkan atau biro lama dipulihkan untuk memastikan lebih banyak pemimpin berperanan dalam mengukuhkan gerak kerja parti.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, pelantikan tersebut juga melambangkan kesungguhan parti untuk memperjuangkan nasib rakyat dalam pelbagai latar kehidupan dan taraf sosial.


"Bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan parti menghadapi PRU 15, setelah dibentang dan diputuskan di dalam mesyuarat Biro Politik malam tadi KEADILAN mengumumkan pelantikan Pengarah dan Pengerusi Biro MPP yang baharu


"KEADILAN mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang telah dilantik. Semoga dengan pelantikan kepimpinan-kepimpinan ini, gerak kerja parti dalam memperjuang nasib serta mengangkat martabat rakyat dapat dipergiat dan mencapai kejayaan," katanya.


Pengarah dan Pengerusi Biro MPP seperti berikut:


Pengarah Modal Insan: Sdr Syed Ibrahim Syed Noh

Timbalan: Sdr Simon Ooi Tze Min


Pengarah Latihan: Sdri Nur Azrina Surip

Timbalan: Hj Ismail Yusop


Pengarah Karyawan: Sdr Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Timbalan: Sdr Gerald Hans Isaac


Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan: Sdri Siti Aishah Shaik Ismail


Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama: Sdr Amidi Abd Manan


Pengarah Mobilisasi: Sdr Yahya Sahri


Pengarah Jaringan Industri: Sdr Hee Loy Sian


Pengarah Sukarelawan: Sdr Fahmi Zainol


Pengarah Kesedaran dan Perubahan Iklim: Sdri Elizabeth Wong


Pengerusi Institut Latihan KEADILAN: Sdri Fuziah Salleh


Pengerusi Biro Antarabangsa: Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin


Pengerusi Biro Kesihatan: Dr Lee Boon Chye


Pengerusi Biro Guaman: Sdr Sivarasa Rasiah


Pengerusi Biro Pekerja: Sdr Abdullah Sani


Pengerusi Biro Petani: Dr Azman Ismail

Timbalan: Dr Mohd Khairil Mohd Razi


Pengerusi Biro OKU: Sdr Isaiah Jacob


Pengerusi Biro Orang Asli: Sdr Bob Manolan


Pengerusi Biro Pekerja Ladang: Sdr Gunaraj George

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page