top of page

KEADILAN Sembrong hantar bantuan kecemasan Orang Asal terputus bekalan makanan



KEADILAN Cabang Sembrong bersama sukarelawan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini berjaya menghantar bekalan makanan ke perkampungan Orang Asal di DUN Kahang yang dilaporkan 8 hari terputus bekalan akibat banjir dan tidak dibantu oleh wakil rakyat setempat.


Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Johor, Mazerol Way Ah Lon, KEADILAN Sembrong telah mengumpulkan kewangan untuk membeli keperluan asas dan menghantarnya ke Kampung Orang Asal Sungai Peroh dan juga Kampung Orang Asal Sri Tanjung.


Katanya, Kampung Orang Asal Sungai Peroh mempunyai 40 keluarga manakala Sri Tanjung mempunyai 25 keluarga.


"Pihak seketeriat sukarelawan KEADILAN Sembrong ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang prihatin terhadap nasib masyarakat yang ditimpa bencana.


"Amanah mereka berjaya kami sampaikan di dalam dua siri jelajah di kawasan DUN Kahang yang melibatkan penempatan komuniti Orang Melayu dan juga komuniti Orang Asal.


"Penyumbang-penyumbang terdiri daripada mantan calon KEADILAN Parlimen Sembrong, wakil-wakil parti, pihak persendirian dan juga NGO yang prihatin," katanya.


KEADILAN Sembrong turut mengucapkan terima kasih atas bantuan "transport team" yang membantu memudahkan proses pengambilan dan pengagihan barang kepada masyarakat yang terkesan.


"Selain itu, KEADILAN Sembrong melawat dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang bertempat di SK Kahang dan SMK Kahang. Yang menempatkan sebanyak 52 keluarga di SK Kahang dan juga sebanyak 82 keluarga di SMK Kahang.


"Kedua-dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ini menempatkan penduduk daripada Kampung Contoh dan juga Kampung Sri Lukut, Batu 28," katanya lagi.


Turut hadir dalam lawatan dan penyerahan sumbangan ialah ADUN Paloh, Sheikh Omar Bagharib Ali, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Johor, Zulinah Johari, pimpinan KEADILAN Cabang Kluang Abd Hamid Ali serta pimpinan AMK Johor, Amanah dan DAP.


Untuk rekod, Parlimen Sembrong diwakili oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sejak beberapa penggal lalu.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page