KEADILAN Sembrong dan Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Kluang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sembrong, Mohamad Nasir Md Salleh (dua dari kanan), sumbangan tersebut diberikan kepada 20 keluarga yang terjejas di Kampung Muhibbah, Paloh.
"Sumbangan diberikan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia, Daerah Kluang.
"Selain saya mengiringi sesi agihan ini, diketuai YB DUN Paloh ia juga dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Wan Abd Rahim," katanya.
KEADILAN Sembrong akan terus membantu masyarakat sekuat daya bagi memastikan golongan terjejas dibela.
Comments