top of page

KEADILAN Selangor sokong tidak naik tarif elektrik domestik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 15, 2022
  • 1 min read


KEADILAN Selangor menyokong penuh langkah Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan tidak menaikkan tarif elektrik kepada pengguna domesik dan syarikat kecil di seluruh negara.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, kenyataan PM semalam telah melegakan hampir 7.9 juta pengguna dosmestik termasuk industri kecil dan sederhana (IKS), syarikat berasaskan pertanian serta pengeluar makanan.


"Tidak menaikkan tarif itu sejajar dengan pendirian Pakatan Harapan yang sentiasa membantu rakyat dan tidak akan membebankan, walaupun diakui kesan terhadap kewangan negara tinggi mencecah RM30 bilion setahun jika tidak menaikkan tarif berkenaan.


"Oleh itu Penerangan KEADILAN Selangor menyambut baik dan menyokong penuh kenyataan PM atas dasar percaya bahawa apabila rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup, ia juga dapat mengawal dari kenaikan harga barang. Seterusnya membantu rakyat dengan kuasa membeli dan boleh berbelanja dengan baik, bahkan juga ekonomi negara boleh berkembang dan membantu peniaga-peniaga kecil," kata Halimey dalam kenyataan hari ini.


Tegas Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu, tindakan PM dilihat sangat bertepatan kerana tidak memikirkan soal keuntungan tetapi mengutamakan rakyat dalam mengukuhkan ekonomi gunaan, sesuai dengan cara Khalifah Saidina Abu Bakar As Sidiq yang mana membantu golongan bawahan dengan meletakkan tanggungjawab kepada golongan yang mendapat keuntungnya tinggi dalam perniagaan untuk mengurangkan beban rakyat.


"Penerangan KEADILAN Selangor mendoakan negara Malaysia bertambah makmur dan pesat dari segi ekonomi dengan adanya kepimpinan yang bijak di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri ini," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page