KEADILAN Selangor kini beroperasi di pejabat baharu milik sendiri
- Suara Keadilan
- 1 hour ago
- 1 min read

KEADILAN Selangor terus melangkah ke hadapan apabila memulakan operasi di pejabat pentadbiran baharu yang berwajah lebih segar dan moden.
Menurut kenyataan oleh Biro Penerangan, premis terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan dimiliki sendiri KEADILAN Selangor itu mencerminkan kestabilan dan kekuatan organisasi yang memperjuangkan wadah rakyat itu.
"Premis dua tingkat ini lengkap dengan bilik latihan untuk dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai program pengkaderan, mesyuarat dan pengurusan parti.
"Operasi harian telah bermula seperti biasa namun masih menunggu tarikh sesuai untuk perasmian Pejabat yang dijangka akan disempurnakan sedikit masa lagi," kata Ketua Penerangannya, Saifuddin Shafi Muhammad.
Pejabat baharu tersebut beralamat di G09 TTDI Adina, No.11 Jalan Judo 13/45, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Menerusi kenyataan tersebut Saifuddin menjelaskan, usaha KEADILAN Selangor memiliki pejabat pentadbiran sendiri telah dimulakan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sejak 2018.
Usaha tersebut akhirnya dapat direalisasikan menerusi sokongan padu para pemegang taruh dan ahli parti sendiri.
"Majlis Pimpinan Wanita Negeri Selangor menempa sejarah menjadi kumpulan pertama yang melaksanakan mesyuarat wanita negeri di pejabat baharu petang semalam.
"Pembukaan pejabat baharu KEADILAN Selangor ini komitmen kita untuk terus mengorak langkah ke arah pengukuhan organisasi dan gerak kerja parti," katanya.