top of page

KEADILAN Selangor istiqamah laksana agenda reformasi - Amirudin Shari



Pembelotan beberapa pemimpin KEADILAN termasuk yang terbaharu Ketua Cabang Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar, membakar semangat anggota agar terus melaksanakan agenda reformasi di negeri Selangor.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, KEADILAN dan Pakatan Harapan negeri itu bertekad untuk terus menterjemahkan agenda reformasi kepada dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dalam apa sahaja keadaan.


"KEADILAN negeri Selangor mengajak seluruh penyokong dan pendokong parti serta Pakatan Harapan (PH) agar terus beristiqamah dengan perjuangan melaksanakan perubahan.


"Untuk itu, malam ini saya bertemu dengan kepimpinan KEADILAN Cabang Kuala Langat bagi memastikan keutuhan organisasi parti dan menyusun program di sana.


"Saya yakin Cabang Kuala Langat tetap bersemangat meneruskan perjuangan KEADILAN dan berkobar-kobar mempertahankan kawasan tersebut pada pilihan raya akan datang," katanya dalam satu kenyataan.


Menteri Besar (MB) Selangor itu juga mengulangi sokongan padu saf kepimpinan di Selangor terhadap presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemudi KEADILAN menuju kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum akan datang.


"Saya dan Ahli Dewan Negeri PH sekalian memberi jaminan bahawa kami tetap setia dengan perjuangan KEADILAN dan PH yang mengutamakan kecemerlangan, kestabilan dan keutuhan Negeri Selangor Darul Ehsan," katanya lagi.


KEADILAN dikatakan menghadapi ujian getir apabila beberapa pemimpin utama meninggalkan parti sejak tahun lalu.


Bagaimanapun, dengan kepimpinan diterajui MB Amirudin diharapkan parti akan membuka lembaran baharu sejarah selepas peristiwa pengkhianatan Langkah Sheraton.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page