top of page

KEADILAN Selangor bakal anjur konvensyen khas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Selangor bakal menganjurkan Konvensyen Khas KEADILAN Selangor 2026 pada Februari ini.

Ketua Penerangannya, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, konvensyen khas yang dirancang diadakan di Shah Alam itu bakal menjadi platform penting untuk menyatukan idea, memperkukuh hala tuju serta menyemarakkan semangat perjuangan parti.


"Persiapan dimulakan dengan sesi libat urus bersama pimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor.


"Fokus perbincangan ialah memastikan setiap sayap parti memainkan peranan aktif secara kolektif dan inklusif, menyusun kandungan konvensyen supaya kekal relevan, segar dan dekat dengan denyut nadi rakyat, khususnya generasi muda," katanya dalam muat naik di media sosial.


Saifuddin sementara itu memaklumkan, sesi libat urus yang diadakan semalam turut memutuskan untuk memperkenal beberapa inisiatif baharu antaranya pelancaran Maskot, Lagu, Baju dan Podcast “KEADILAN SYOK” (Selangor Youth Kinetic) sebagai pendekatan kreatif mendekati anak muda.


Selain itu, mesyuarat turut bersetuju untuk memperkukuh gerak kerja penerangan mengenai kepentingan undi muda sebagai aset masa depan demokrasi dan agenda reformasi negara.


"Walaupun langkah-langkah ini kelihatan sederhana, namun ia membawa makna besar untuk memastikan KEADILAN terus bergerak dengan naratif yang tersusun, inklusif dan berpijak pada realiti semasa," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page