KEADILAN Selangor anjur permukiman Biro Strategi, Komunikasi, Penerangan
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
KEADILAN Selangor mencatat satu langkah awal yang signifikan bagi tahun ini apabila muncul sebagai organisasi pertama dalam parti yang menyusun dan menggerakkan Biro Strategi, Komunikasi dan Penerangan secara tersusun dan berfokus menerusi penganjuran pemukiman yang berlangsung baru-baru ini.
Pengarah Pemukiman Biro Strategi, Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Mohd Fauzi Fadzil berkata, tanggungjawab seterusnya adalah memastikan segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan di peringkat cabang KEADILAN negeri.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh barisan kepimpinan Biro Strategi, Komunikasi dan Penerangan peringkat cabang Negeri Selangor yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Pemukiman Biro Strategi, Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Selangor yang telah berlangsung dengan begitu lancar dan berkesan.

"Komitmen, kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan sepanjang penganjuran program ini amat membanggakan dan wajar dipuji.
"Kejayaan pemukiman ini bukan sahaja mencapai objektif yang ditetapkan, malah telah memperkukuh kefahaman, kesepaduan serta hala tuju bersama dalam kalangan peserta," katanya dalam satu muat naik di Facebook.
Dr Mohd Fauzi berharap, kejayaan tersebut dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Antara pimpinan yang hadir ialah Pengarah Strategi KEADILAN Selangor Yahya Sahri; Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi; dan anggota Diwan Informasi, Ust Hakim.








The article explaining Phentermine and coffee interactions really helped me understand how everyday habits matter when managing medication. Valhalla Vitality clearly connects stimulant effects, appetite control, and personal sensitivity. I liked the emphasis on listening to your body and adjusting based on experience instead of following one-size-fits-all advice. It’s a practical, grounded resource that makes this topic more approachable. Highly recommend checking it out if you drink coffee and use Phentermine.
https://valhallavitality.com/blog/phentermine-and-coffee-can-you-combine-them-safely