KEADILAN sedia rampas kembali kerusi Gombak - Fahmi Fadzil



Rapat Mega KEADILAN 2022 yang bermula malam tadi adalah program yang dirangka khusus untuk mengembalikan kerusi kerusi yang dikhianati dan menggerakkan momentum menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, penganjuran ceramah mega tersebut akan menguatkan semangat anggota KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) di Gombak bagi mengembalikan kemenangan untuk PH.


"Di kerusi yang (pemimpin) pernah mengkhianati rakyat, kita bersedia untuk ambil semula.


"Malam ini kita tunjuk iltizam kita, kesungguhan kita bahawa Gombak kembali kepada KEADILAN dan PH.


"PRU 15 boleh berlaku pada bila bila masa. Kita jangka PM dalam keadaan tertekan dan oleh itu Presiden KEADILAN dan juga pengerusi PH berkata kita perlu bersedia seawal hujung Oktober dan program rapat mega adalah usaha kita untuk memantapkan jentera.


"Kehadiran kita pada malam ini adalah untuk memberi suntikan semangat kepada kawan kawan yang menghadapi pengkhianatan di Gombak," katanya.


Sehubungan itu, Fahmi yang juga Pengarah Rapat Mega KEADILAN 2022 mahu hadirin yang hadir bukan sahaja memberi sumbangan wang ringgit dan masa kepada perjuangan PH tetapi bersedia untuk menjadi sukarelawan polling agent counting agent (PACA) pada PRU 15.


Selain itu, mereka juga perlu menjadi 'penghasut' kepada rakan dan jiran mengajak beramai ramai keluar mengundi.


"Kita mahu yang ada di sini menjadi agen di pusat pengundi. Perang sebenar adalah pada hari mengundi. Jadi kita mahukan tuan puan menjadi penghasut rakyat. Kita semua ada tugas, tanya kawan kawan, jiran tetangga adakah anda akan keluar mengundi.


"Tugas kita menyampaikan mesej kepada kawan kawan untuk keluar mengundi.


"Anak cucu kita yang berusia 18 secara automatik semua boleh mengundi," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER