KEADILAN sedia kembalikan mandat rakyat dalam PRN Melaka


Pengerusi KEADILAN Melaka, Halim Bachik sudah bersedia untuk mengembalikan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.


Beliau berkata, walaupun telah dikongkong dengan pelbagai SOP, tetapi beliau percaya sebarang program pilihan raya tetap boleh diadakan secara maya.


"KEADILAN bersedia walau apa jua masa, untuk bertempur, baik di peringkat pusat sama-sama memimpin kerajaan dan di peringkat negeri sama-sama masuk PRN untuk menunjukkan siapa kuat.


"Ruang dan peluang yang ada ini perlu diambil, kita kena satu hati kuatkan semangat mengembalikan mandat rakyat kita menangi pada PRU-14," katanya ketika pelancaran jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) DUN Melaka Ke-15.


Pada masa sama, beliau berharap pemimpin KEADILAN peringkat pusat membantu peringkat negeri untuk memenangi PRN Melaka.


"Walaupun dihadkan cara berkempen, saya mohon idea-idea dari peringkat pusat untuk memantapkan kempen yang secara tidak menyalahi undang-undang sebab denda terlalu tinggi RM10,000. Yang parti kerajaan, kalau buat kempen tak kena denda, kita buat kena.


"Justeru, saya memohon pengundi di Melaka yang di luar mohon balik Melaka pada 20 Nov, beri undi PH untuk menubuhkan kerajaan baharu," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER