top of page

KEADILAN sedia hadapi PRU 15, rampas kawasan pengkhianat



Ketidakstabilan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berikutan desakan berterusan pemimpin BN agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen memaksa KEADILAN mempersiapkan jentera pilihan raya lebih awal menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin dilakukan secara mengejut.


Bagi Ketua Sekretariat Operasi Jabatan Pilihan Raya Parti (JPRP) KEADILAN, Senator Ismail Yusop, persediaan pilihan raya perlu dilakukan secara teliti mengikut negeri-negeri kerana setiap negeri mempunyai dinamik yang berbeza-beza.


Katanya, faktor utama yang perlu diperhitungkan ialah kekuatan Muafakat Nasional di kawasan Melayu kerana kaum Melayu merupakan 60% daripada pengundi keseluruhan.


"Bila saya turun ke negeri-negeri saya lihat dinamik setiap negeri itu berbeza-beza.


"Satu, faktor pengkhianatan (Langkah Sheraton) memang ada kesan (tersendiri). Satu lagi ialah soal Muafakat Nasional (MN), di mana Umno bergabung dengan Pas.


"Contohnya ada sesetengah kawasan kita menang dalam PRU 14 tetapi apabila kita buat simulasi, kita campur undi BN dan Pas, kita nampak kawasan tu mungkin boleh dimenangi atau boleh kalah," katanya.


Mengulas mengenai kawasan parlimen yang terjejas teruk berikutan peristiwa Langkah Sheraton, Ismail berkata, dua kawasan yang terjejas tersebut berada di Selangor dan kedua-duanya dalam perhatian rapi KEADILAN.


Bagaimanapun, Ismail yakin pengundi di dua kawasan berkenaan matang dan tidak mengundi berdasarkan individu.


"Di Ampang dan Gombak, setakat maklumat yang saya ada di Selangor, (kawasan itu) di bawah (jagaan) Menteri Besar Amirudin Shari dan Jabatan Pilihan Raya Negeri yang diketuai oleh Yahya Shari, orang lama dalam parti.


"Saya difahamkan memang ada task force melihat bagaimana (persiapan PRU) untuk ditangani. Kita tahu kesan daripada krisis yang berlaku memang di kedua-dua parlimen ini KEADILAN terjejas.


"Tetapi kita yakin orang mengundi bukan peribadi tetapi mengundi parti. Sebab itu jika kita boleh selesaikan segera struktur dan jentera, dan kita turun menemui pengundi, kita yakin kerusi-kerusi ini boleh dipertahankan," katanya.


Menurut Ismail lagi, sekiranya PRU diadakan pada hujung tahun sekitar Oktober atau Disember maka KEADILAN mempunyai waktu yang terbatas untuk membuat persiapan. Biasanya persiapan PRU mengambil masa lebih 6 bulan.


Sehubungan itu Ismail menasihatkan jentera KEADILAN agar meningkatkan disiplin dan semangat bekerja untuk kemenangan dalam tempoh dua bulan ke hadapan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page