top of page

KEADILAN sedia beri khidmat nasihat jika Parlimen dibuat secara atas talian - Nik Nazmi


Kejayaan KEADILAN menganjurkan kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN 2020 melayakkan Ibu Pejabat parti itu untuk menjadi penasihat atau perunding sekiranya pihak Parlimen Malaysia mahu mengadakan sidang Parlimen secara hibrid atau di atas talian sepenuhnya.


Hal tersebut diungkapkan oleh Pengarah Kongres Nasional KEADILAN ke 15, 2020, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional KEADILAN, sebentar tadi.


Katanya, ahli-ahli KEADILAN seharusnya berbangga dengan kejayaan parti tersebut menganjurkan kongres secara atas talian biar pun menghadapi pelbagai cabaran sebelum ini.


"Kita harus berbangga sebagai parti politik pertama menyahut cabaran mengadakan kongres atas talian dengan lebih 2,000 perwakilan dari 222 Cabang, yang dilakukan atas talian sepenuhnya


"Saya percaya sekiranya Parlimen Malaysia memerlukan nasihat untuk mengadakan sidang Parlimen secara atas talian atau hibrid pihak Ibu Pejabat sedia memberi penduan dan nasihat secara percuma," katanya.


Setiausaha Pengelola parti itu juga mengumumkan kejayaan KEADILAN mendaftarkan bilangan Ranting yang besar sepanjang 2020 lalu dan dianggap terbaik dalam sejarah parti.


"Kita ada Ranting 2,028 di seluruh negara, bilangan Ranting paling banyak dalam sejarah parti.


"Pada 2019 kita mendaftarkan 381 Ranting, 2020 1,155 Ranting dan 2021 setakat ini 259 Ranting.


"Di peringat Ibu Pejabat kita tetapkan satu Ranting satu Daerah Mengundi di kerusi-kerusi sasaran parti," katanya.


Nik Nazmi juga membariskan cabaran getir yang dihadapi KEADILAN dalam menganjurkan kongres atas talian yang pernah mendapat halangan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini.


Beliau menyatakan kronologi keputusan untuk mengadakan kongres atas talian itu bermula pada 1 Mei 2021, apabila parti mengambil keputusan melaksanakan kongres secara hibrid, sebahagian besar perwakilan akan hadir fizikal dan sebahagian lagi hadir atas talian.


Pada 11 Mei apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa di Selangor maka diputuskan kehadipan Majlis Pimpinan Pusat secara fizikal dan yang lain atas talian. Empat hari kemudian PKP telah diumumkan di seluruh negara maka parti mengambil keputusan mengadakan kongres atas talian sepenuhnya.


Kemudian pada 27 Mei 2021 parti telah terima surat dari MKN tiada halangan untuk mengadakan kongres atas talian dengan kehadiran krew minimum di Ibu Pejabat.


"Namun pada 4 Jun setelah Kongres Wanita berlangsung, 2 hari sebelum Kongres Nasional, Ibu Pejabat menerima arahan penangguhan dari ROS dan MKN. Pada 5 Jun pimpinan parti dengan berat hati ambil keputusan tangguhkan kongres untuk elak risiko terhadap parti


"4 hari setelah itu ROS benarkan pilihan mesyuarat agung sepenuhnya bagi pertubuhan-pertubuhan berdaftar sebagaimana yang kita ingin lakukan sebelum itu.


"Oleh itu parti telah putuskan, kerana kita ada sehingga 30 Jun 2021 mengikut ROS bagi melaksanakan kongres parti, maka kita putuskan perlaksanaan hari ini sepenuhnya atas talian," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page