top of page

KEADILAN Sebagai Platform Integrasi Nasional



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Konsep integrasi nasional mula menjadi perdebatan hangat lewat tahun 1990-an, konsep tersebut adalah lanjutan daripada wacana perpaduan nasional. Integrasi nasional menekankan kepentingan untuk mewujudkan sebuah identiti nasional yang mampu menyatukan kesemua etnik di Malaysia. Pelbagai platform telah digunakan untuk mewujudkan identiti nasional seperti platform pendidikan, budaya, bahasa dan ekonomi. Namun sehingga kini wacana identiti nasional masih berlanjutan untuk mencari titik temu yang disepakati umum di Malaysia.


Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil di dalam penulisan beliau yang bertajuk “Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” telah memberi model contoh untuk diikuti oleh masyarakat Malaysia dalam mewujudkan identiti nasional. Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil mengangkat model masyarakat di Madinah semasa berada di bawah penguasaan Rasulullah SAW yang telah meletakkan batasan jelas pembentukan identiti mereka.


Pembinaan identiti nasional berterusan


Kepelbagaian agama dan budaya setiap penduduk Madinah diakui di dalam Sahifah Madinah namun batasannya adalah perkara-perkara melangkaui syariat Islam. Konsep melting pot ditolak dalam proses pembentukan identiti masyarakat Madinah, Rasulullah SAW faham bahawa tiada golongan yang rela jati diri mereka untuk dileburkan. Justeru setiap kabilah dibenarkan melalui Sahifah Madinah untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing selagi mana ia tidak melangkaui panduan-panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

Mohd Fauzi Fadzil

Keadaan di Malaysia menyaksikan bahawa masyarakatnya berinteraksi dengan baik sesama mereka berpandukan Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara asas yang menjadi akar identiti di Malaysia (Bahasa Melayu, Islam, hak istimewa Bumiputera dan kedudukan Raja-Raja Melayu) tidak pernah dipersoalkan malah dihormati seadanya. Namun pembinaan identiti nasional masih berterusan memandangkan kedinamikan etnik yang majmuk di Malaysia.


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam konteks pembentukan identiti nasional dilihat telah muncul sebagai salah satu platform baru yang mampu membentuk integrasi nasional. Fasal 6.2 di dalam Perlembagaan KEADILAN menyatakan bahawa warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas layak menjadi anggota parti politik tersebut, keadaan ini menyaksikan KEADILAN dari peringkat ranting sehingga pusat mempunyai keahliaan yang mewakili pelbagai etnik.


Identiti nasional diamal KEADILAN


Kemajmukan di dalam KEADILAN masih ditunjangi oleh perkara-perkara asas yang tertakluk di dalam Perlembagaan Malaysia, sebagai contoh dalam setiap mesyuarat rasmi KEADILAN (dalam mana-mana peringkat) akan dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan al-fatihah walaupun mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh individu yang tidak beragama Islam. Malah idea “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” turut diamalkan di dalam KEADILAN apabila pakaian yang pelbagai dibenarkan semasa kongres parti, selagi pakaian yang dikenakan tidak melangkaui batas maka ia dibenarkan untuk dipakai oleh ahli-ahli KEADILAN.


Perbahasan di dalam mesyuarat dan majlis rasmi KEADILAN dijalankan secara sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu, malah lagu kebangsaan dinyanyikan bagi mengangkat kedudukan Raja-Raja Melayu. Walaupun apa yang dilakukan ini kelihatan kecil namun ia telah menjadi amalan biasa ahli-ahli KEADILAN sehingga menjadi identiti mereka.


KEADILAN sebagai sebuah parti politik telah memulakan langkah yang paling nyata untuk mewujudkan sebuah identiti nasional di Malaysia, kesemua usaha yang berlaku adalah secara sukarela dan tiada ahli KEADILAN yang dipaksa untuk memperakui mana-mana budaya atau aktiviti secara paksa. KEADILAN sebagai sebuah parti politik yang progresif mempunyai masa hadapan yang cerah di mana ia tidak menonjolkan ciri-ciri yang mampu memecah-belahkan ahlinya, malah ia lebih menonjolkan identiti yang didokong bersama oleh kesemua ahlinya.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Duta Perpaduan Selangor


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page