top of page

KEADILAN Sarikei ziarah keluarga mendiang Sarjan Raymond

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 1 min read
Bruce Yee (berbaju batik) bergambar bersama pegawai tinggi polis selepas menziarahi mendiang Raymond
Bruce Yee (berbaju batik) bergambar bersama pegawai tinggi polis selepas menziarahi mendiang Raymond

KEADILAN Cabang Sarikei kelmarin menziarahi keluarga mendiang Sarjan Raymond anak Francis Harris di Bintangor bagi menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan rasa simpati atas pemergian anggota keselamatan tersebut.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee, lawatan itu bertujuan memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mendiang selain menzahirkan rasa hormat terhadap jasa dan pengorbanan mendiang dalam perkhidmatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"KEADILAN Sarikei telah menziarahi ahli keluarga mendiang Sarjan Raymond A/K Francis Harris di Bintangor bagi menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang atas pemergian ahli keluarga tersayang," katanya dalam kenyataan.


Pada pagi yang sama, kata Bruce Yee, kediaman keluarga mendiang turut menerima kunjungan rombongan kebajikan warga PDRM, yang diketuai oleh ACP Zulkipli Suhaili (Ketua Polis Daerah Sibu), bersama Supt Boniface Bajai (Timbalan KPD Sibu), Supt Aswandy bin Anis (KPD Sarikei), dan DSP Tansli Mering (KPD Meradong) serta pegawai-pegawai lain.


"KEADILAN Sarikei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rombongan kebajikan PDRM atas sikap keprihatinan, semangat persaudaraan dan sumbangan kewangan yang diberikan kepada ahli keluarga mendiang," ujar Bruce Yee lagi.


Beliau turut mendoakan kesejahteraan roh mendiang Raymond, manakala keluarga yang ditinggalkan diharap terus diberikan kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page