top of page

KEADILAN Sarawak ucap tahniah Mutang Tagal dilantik Speaker Dewan Negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 21, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Mutang Tagal Datuk Mutang Tagal yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20, baru-baru ini.


Menerusi satu kenyataan, Datuk Mutang Tagal sememangnya individu yang terkenal dengan sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam dunia guaman, politik dan perniagaan.


"Beliau ialah seorang yang beretika, mesra dengan semua orang dan menghormati perbezaan pandangan," katanya.


Justeru, pimpinan KEADILAN Sarawak berharap bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.


"KEADILAN Sarawak mendoakan beliau akan meneruskan usaha reformasi Parlimen bersama Speaker Dewan Rakyat berteraskan Malaysia MADANI," ujarnya.


Mutang menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan Mutang sebagai calon tunggal cadangan nama Speaker Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.


Mutang, 69, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Curtin University dan kini menjawat beberapa jawatan, antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Penasihat Undang-undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page