top of page

KEADILAN Sarawak ucap tahniah Dr Wan Junaidi TYT Sarawak ke-8



Oleh: Abdullah Zaid


Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.


Menerusi satu kenyataan, Pengerusi MPN KEADILAN Sarawak, Roland Engan mendoakan agar upacara angkat sumpah sebagai Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak pada Isnin ini berlangsung dengan lancar


"Semoga Sarawak kekal sejahtera di bawah TYT YDPN Sarawak yang baru," katanya.


Terdahulu, Wan Junaidi menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara hari ini.

Roland Engan

Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.


Tempoh jawatannya berkuatkuasa bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028 selaras dengan Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak.


Pada 19 Januari, Wan Junaidi dilaporkan melepaskan jawatan sebagai Speaker Dewan Negara yang disandangnya sejak Jun tahun lalu, menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.


Tindakan itu bagi menimbulkan spekulasi ramai yang mengaitkan nama beliau sebagai calon TYT Sarawak yang baharu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page