top of page

KEADILAN Sarawak tubuh sekretariat dapatkan kad pengenalan, sijil lahir



KEADILAN Sarawak menubuhkan Sekretariat Kerakyatan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) untuk membantu penduduk di kawasan pedalaman memperolehi sijil lahir dan kad pengenalan.


Menurut Ketua Penerangan MPN Sarawak, Diog AK Dios, kedua dua dokumen penting berkenaan sukar diuruskan oleh masyarakat kawasan pedalaman yang tidak mempunyai pengangkutan awam atau hubungan jalan raya sewajarnya untuk pergi ke pejabat kerajaan terdekat sehingga menyebabkan segelintir anak jati Sarawak tidak mempunyai dokumen diri.


"KEADILAN Sarawak memandang serius rakyat Sarawak terutama di kawasan pendalaman yang masih belum memiliki sijil lahir dan kad pengenalan.


"Kita sedia maklum bahawa jalan perhubungan merupakan satu halangan bagi mereka yang tinggal di pendalaman untuk mengurus hal sedemikian dan juga masalah kewangan.


"Namun kita tidak boleh memandang ringan tentang perkara ini sebab ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mendapat bantuan daripada kerajaan," kata Diog dalam kenyataan.


Dengan penubuhan jawatankuasa sekretariat kerakyatan peringkat negeri Sarawak itu, kata beliau, akan memudahkan penduduk di pedalaman mendapatkan dokumen penting mereka tanpa mengeluarkan banyak biaya.


Pasukan berkenaan, kata Diog, akan beroperasi meliputi seluruh kawasan terpencil di Sarawak.


"Untuk makluman, kita telah membahagikan kepada beberapa zon untuk memudahkan dan melancarkan perhubungan dengan rakyat yang ingin memohon kerakyatan," ujarnya.


Menurut Naib Pengerusi II MPN Sarawak itu lagi, sekretariat Zon Utara meliputi Bahagian Miri, Bahagian Bintulu dan Bahagian Limbang dengan Penyeleras Sekretariat Pengerusi MPN KEADILAN Sarawak, Roland Engan dan boleh dihubungi melalui talian 085-421040.


Zon Tengah meliputi Bahagian Sibu, Bahagian Sarikei, Bahagian Mukah dan Bahagian Betong dengan Penyelaras Sekretariat Cikgu Patrick Kamis (019-4695252), Ibiljaya (017-8448335) dan Bruce Yee (016-4411850).


Zon Tengah Barat meliputi Bahagian Kapit dan Hulu Rajang pula penyelarasnya Senator Abun Sui Anyit (016-8881502) dan Kushairy Pangkas (016- 3718830).


Manakala Zon Selatan meliputi Bahagian Sri Aman, Bahagian Serian, Bahagian Samarahan dan Bahagian Kuching penyelarasnya adalah Cikgu Diog Ak (0198865734)


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page