top of page

KEADILAN Sarawak tidak bertanding PRK DUN Jepak

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 9, 2023
1 min read


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) negeri Sarawak membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak.


Perkara itu dimaklumkan kepimpinan KEADILAN negeri itu dalam satu kenyataan susulan mesyuarat diadakan mereka baru-baru ini.


"Keputusan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Negeri Sarawak pada mesyuarat 25 Sept 2023 yang lepas demi perpaduan dan kestabilan politik negara," kata KEADILAN Sarawak dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, mereka akan memaklumkan keputusan tersebut kepada Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik KEADILAN.


PRK akan diadakan pada 4 November susulan kematian penyandangnya, Talib Zulpilip pada 15 September lalu.


Talib mewakili rakyat Jepak selama lima penggal dan memenangi DUN itu pada PRN 12 atas tiket GPS, selepas memperoleh majoriti 6,277 undi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 21 Oktober.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page