KEADILAN Sarawak tetap utuh, teruskan agenda Reformasi - Abang Zulkifli



KEADILAN Sarawak sedikit pun tidak goyah dengan tindakan bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Larry Sng meninggalkan parti itu baru-baru ini.


Menurut Timbalan Pengerusi MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh (gambar, kiri), pemergian Larry bukanlah satu kehilangan kepada parti kerana beliau telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sejak dua bulan lalu.


Katanya, ahli KEADILAN menganggap tindakan Larry sebagai lumrah politik, pemimpin datang dan pergi berdasarkan kepentingan politik masing-masing.


"Bagaimanapun MPN Sarawak tetap teguh. Usaha mengukuhkan parti dan membantu rakyat berjalan seperti biasa. Pada masa sama kami sedang memperhebatkan pergerakan menyantuni rakyat dan ia tetap menjadi rutin pimpinan serta ahli KEADILAN Sarawak.

"Dalam waktu pandemik Covid-19 dan waktu Sarawak dilanda banjir yang teruk dari Lundu ke Lawas, ahli politik tidak harus sibuk dengan politik kotor tetapi perlu fokus pada agenda rakyat.


"Dalam dua bulan ini, aktivis akar umbi KEADILAN telah menjalankan aktiviti bantuan rakyat. Kami edarkan bantuan makanan kepada lebih daripada 3,000 keluarga di seluruh Sarawak.


"Selain itu, aktivis KEADILAN juga mengedarkan lebih daripada 10,000 PPE kepada frontliners di klinik kesihatan dan hospital di seluruh Sarawak.


"Walaupun kami bukan kerajaan tetapi hati kami bersama rakyat. Inilah namanya kepimpinan melalui teladan. Saya bangga dengan semua aktivis KEADILAN Sarawak yang bekerja keras, turun padang untuk membantu rakyat. Inilah budaya politik baru yang kami inginkan – pemimpin berkhidmat untuk rakyat dan menepikan kepentingan politik sendiri," kata Abang Zulkifli dalam satu kenyataan hari ini.


Bagi Abang Zulkifli, KEADILAN Sarawak tidak akan bermain politik pada waktu rakyat bawahan bergelut dengan masalah ekonomi dan insfrastruktur.


Katanya, isu perkhidmatan kesihatan, bekalan air, elektrik, jalan raya, kesinambungan digital, pendidikan dan ekonomi luar bandar yang tidak dimajukan sangat penting untuk diperjuangkan, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa.


"Semua isu rakyat ini gagal diselesaikan oleh kerajaan GPS and Perikatan Nasional. Inilah bukti kita memerlukan kerajaan alternatif yang boleh membawa reformasi politik, sosial dan ekonomi yang menyeluruh serta memastikan rakyat diperkasakan.


"Kami MPN Sarawak akan terus berdiri teguh bersama Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat dalam usaha menyampaikan agenda reformasi. Kami akan kekalkan momentum perjuangan demi membina Sarawak yang adil, demokratik, amanah dan progresif," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER