top of page

KEADILAN Sarawak terbuka idea kerjasama bersama parti-parti pembangkang



Rundingan DAP bersama parti parti pembangkang Sarawak yang disambut baik oleh KEADILAN.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, idea tersebut biar pun tidak dibincangkan oleh DAP bersama Pakatan Harapan (PH) Sarawak namun hal itu merupakan satu percubaan untuk merintis pakatan pilihan raya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"Secara prinsipnya kepimpinan KEADILAN Sarawak melihat perkembangan tersebut dengan kepercayaan DAP Sarawak

hanya berunding dengan parti politik pembangkang lain berkaitan kerusi-kerusi dalam senarai DAP Sarawak dan bukannya melibatkan 19 kerusi Parlimen yang dalam senarai KEADILAN Sarawak.


"Sama ada KEADILAN Sarawak setuju atau tidak, terlalu awal untuk mengiyakan atau menidakkan persoalan bekerjasama dengan parti pembangkang lain


"Walau bagaimanapun adalah lebih baik jika apa-apa keputusan yang ingin diambil untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain melibatkan rakan rakan dalam PH Sarawak seperti KEADILAN Sarawak dan AMANAH Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun KEADILAN Sarawak, kata Abun Sui, berharap DAP akan memperluaskan perbincangan tersebut bersama parti parti dalam PH Sarawak untuk mengelakkan persepsi negatif di kemudian hari.


"Setakat tarikh kenyataan media ini, PH Sarawak belum lagi dipanggil bermesyuarat.


"Justeru apa apa keputusan yang dibuat oleh DAP Sarawak dengan pembangkang lain yang memberi kesan negatif kepada rakan dalam PH Sarawak perlulah dielak," katanya lagi.


DAP sebelum ini dilaporkan pihak media akan bermesyuarat dengan parti politik pembangkang Sarawak di Sibu yang dijangka pada Selasa ini.


Walaupun tidak diketahui tahap perbincangan DAP dan parti parti berkenaan namun pemerhati politik meramalkan DAP akan menjalin kerjasama dengan parti pembangkang di Sarawak menjelang PRU ke 15.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page