KEADILAN Sarawak sokong penuh Anwar calon PM 9


Pencalonan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai calon Perdana Menteri (PM) Malaysia ke 9 disokong penuh oleh KEADILAN Sarawak.


Menurut Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, pencalonan Anwar yang turut disokong oleh Warisan dan Pejuang menunjukkan Presiden KEADILAN itu mampu menyatukan pelbagai pihak dan mengesahkan karisma serta kewibawaan beliau untuk diangkat sebagai PM.


"KEADILAN Sarawak mengikuti dengan rapat perkembangan terkini politik dalam negara selepas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu


"MPN KEADILAN Sarawak juga mengambil maklum tentang persaingan antara Ahli-ahli Parlimen tertentu untuk mendapatkan sokongan agar diangkat menjadi PM Malaysia yang ke-9.


"Maka kesemua kepimpinan MPN Sarawak, Jawatankuasa-jawatankuasa Cabang bagi 31 Cabang dan seluruh anggota KEADILAN Sarawak menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Presiden KEADILAN dan Pengerusi PH merangkap Ahli Parlimen Port Dickson untuk diangkat menjadi PM Malaysia yang ke 9," kata Abun dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, MPN Sarawak menganggap perlantikan Anwar sebagai PM sekiranya cukup majoriti, adalah usaha mengembalikan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu yang dimenangi oleh PH, Pejuang dan Warisan yang kini bergabung dalam PH Plus.


"KEADILAN Sarawak dan seluruh anggotanya mendoakan semoga Datuk Seri Anwar mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya dilantik oleh Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi PM ke-9.


"Perlantikan Datuk Seri Anwar jika diperkenan oleh Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong merupakan perlantikan yang selari menurut dan menghormati mandat rakyat Malaysia di dalam Pilihan Raya Umum yang ke-14 lalu," kata kenyataan itu lagi.


Malam tadi Warisan dan Pejuang mengumumkan sokongan terbuka kepada pencalonan Anwar sebagai PM 9. Dengan disokong oleh PSB, UPKO dan Bebas, jumlah Ahli Parlimen bersama Anwar adalah 105 dan perlu mencari 6 Ahli Parlimen lain bagi melepasi majoriti mudah 110.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER