top of page

KEADILAN Sarawak sokong kepimpinan Anwar sebagai Presiden, Pengerusi PH


KEADILAN Sarawak menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN (MPN) Sarawak tidak melihat pihak rakan sekutu yang cuba mempertikaikan kepimpian Datuk Seri Anwar di media massa sebagai langkah yang bijak.


"Kepimpinan MPN Sarawak, Jawatankuasa-jawatankuasa Cabang bagi 31 Cabang dan seluruh anggota KEADILAN Sarawak tetap berdiri teguh dan menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden KEADILAN.


"KEADILAN Sarawak menyeru agar semua anggota di seluruh Negeri Sarawak untuk terus mengukuhkan parti dari peringkat akar umbi bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 dan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, kata Abun, KEADILAN Sarawak berharap semua rakan di dalam kepimpinan parti sahabat agar sentiasa menjaga nama baik dan menghormati Majlis Presiden PH dengan tidak mendahului Majlis Presiden dalam mengeluarkan kenyataan media baik secara organisasi atau individu pemimpin


"Menurut beliau, kenyataan seumpama itu akan mengelirukan penyokong dan rakyat keseluruhannya serta menjejaskan nama baik PH di mata rakyat terutamanya kedudukan Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PH.


"KEADILAN Sarawak sentiasa berpandangan Datuk Seri Anwar masih kekal sebagai antara pemimpin Malaysia yang terbaik pernah dilahirkan malah terkenal di seluruh dunia. Cuma bakat kepimpinan beliau belum lagi diuji sepenuhnya kerana beliau belum diberi mandat untuk menerajui pemerintahan sebagai PM Malaysia.


"Justeru, KEADILAN Sarawak menyokong sepenuhnya Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PH dan calon PM Malaysia mendepani PRU-15 yang akan datang bagi mendapatkan mandat rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page