top of page

KEADILAN Sarawak rayu kerajaan bantu petani dilanda musibah



Kerajaan digesa melakukan sesuatu bagi membantu golongan petani luar bandar berdepan gangguan binatang perosak yang menjejaskan tanaman mereka.


Pengerusi KEADILAN Sarawak, Roland Engan dalam satu kenyataan berkata ancaman binatang perosak antaranya kera, burung pipit dan belalang yang kerap menyerang tanaman padi menyebabkan hasil tuaian merosot dan hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja pada tahun ini.

"KEADILAN Sarawak ambil maklum akibat gangguan binatang perosak tersebut, tuaian padi mereka hanya cukup untuk menampung keperluan makanan selama dua hingga tiga bulan pada tahun ini.


"Segelintir daripada mereka terjejas teruk sehingga tiada apa-apa tuaian padi hasil usaha sepanjang tahun 2022," katanya.


Tambahnya, terdapat juga petani berdepan kerugian akibat isu lain seperti bencana alam. Beliau memberi contoh di kawasan rendah seperti di Baram yang menurutnya sering berdepan kejadian banjir yang kerap.


Sehubungan itu jelasnya KEADILAN Sarawak meminta Kerajaan Persekutuan menerusi kementerian berkaitan supaya memberi perhatian serius dan mencari mekanisme lebih efektif untuk membantu petani mengatasi masalah mereka.


"KEADILAN Sarawak juga merayu agar pihak kementerian berkaitan mengambil perhatian segera untuk keterjaminan makanan mereka dan mekanisme lebih efektif untuk menghasilkan kepelbagaian hasil pertanian pada masa terdekat," tambahnya.


Roland sementara itu berkata, apa yang dibimbangkannya adalah hasil tanaman itu bukan sahaja untuk makanan penduduk, malah sebahagian petani jelasnya bergantung kepada hasil tuaian untuk menyara keluarga mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page