KEADILAN Sarawak bakal realisasikan SELDA


Setiausaha Agung KEADILAN Sarawak, Joshua Jabeng akan melancarkan rancangan ‘Pembangunan Pertanian Moden Luar Bandar’ (SELDA) bagi kepentingan rakyat luar bandar di Sarawak.


Katanya, SELDA antara manifesto yang diperjuangkan KEADILAN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.


Baginya, inisiatif utama program SELDA diwujud adalah untuk menyediakan tanah kepada golongan yang tidak mempunyai tanah.


“Setiap keluarga peserta yang dipanggil Pemaju dalam rancangan SELDA akan diagihkan lima hektar tanah untuk dimajukan dengan pertanian komersial dalam tempoh masa 15 tahun.


“Setiap keluarga yang berjaya memajukan tanah tersebut akan diberi sijil

pemilikan sah ke atas tanah tersebut,” katanya dalam kenyataan.


Tambah Joshua, pelbagai infrastruktur asas termasuk jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air bersih, talian internet, sekolah, klinik, balai raya, rumah ibadat dan pusat khidmat bakal dibina menerusi program tersebut.


Jelasnya, perkara ini secara tidak langsung menyediakan banyak peluang pekerjaan khususnya buat golongan muda yang menetap di kawasan luar bandar.


“Dengan sendirinya keperluan untuk berhijrah ke bandar akan berkurangan.


“Golongan muda dan lepasan sekolah boleh mengusahakan ladang atau memulakan pelbagai usaha SME/SMI tanpa meninggalkan kampung halaman,” katanya.


Dalam pada itu, Joshua turut memaklumkan bahawa modal kewangan untuk memajukan SELDA adalah pinjaman khas daripada Perbendaharaan Negeri dan akan dibayar balik oleh keluarga Pemaju secara beransuran setiap bulan mulai daripada tahun kedua.


“Mereka yang layak boleh memanfaatkan pinjaman Mikro-kredit yang akan ditawarkan oleh SELDA untuk membuka perusahaan sendiri seperti memproses hasil pertanian,” ujarnya.


SELDA diwujudkan menerusi hasil sumbangan dan tenaga daripada pelbagai pihak pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER