KEADILAN Sarawak hargai kerja keras tangkap suspek pembunuh Bill Kayong


Kes pembunuhan aktivis KEADILAN Sarawak, Bill Kayong berpeluang cerah diselesaikan dengan penangkapan suspek Koong Siang Ming seperti dilaporkan dalam media, semalam.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, pihak Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha berterusan pihak polis itu sehingga tertangkapnya suspek tersebut.


"Mendiang Bill Kayong merupakan anggota KEADILAN dan memegang jawatan sebagai Setiausaha KEADILAN Cabang Miri semasa beliau ditembak mati dalam keretanya yang berhenti di satu persimpangan Jalan Kuala Baram.


"Perjuangan Bill Kayong semasa hayatnya adalah mengambil berat kes-kes Tanah Adat yang dihadapi oleh penduduk Sarawak terutamanya penduduk Dayak yang mana tanah adat mereka bertindih dengan lesen-lesen syarikat perladangan sawit.


"KEADILAN Sarawak berharap agar suspek, Koong Siang Ming yang ada kaitan dengan pembunuhan Bill Kayong dapat disiasat dan dibicarakan oleh pihak berkuasa agar keadilan dapat ditegakkan terutamanya bagi mangsa, mendiang Bill Kayong dan keluarganya," ujar kenyataan MPN tersebut.


Tambah Abun, KEADILAN Sarawak berharap pihak pendakwaan dapat menyediakan dan membuat pendakwaan dengan sebaik mungkin supaya keadilan dapat ditegakkan kepada semua pihak.


"Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan dalam proses pendakwaan, KEADILAN Sarawak menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan persiapan pendakwaan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER